Latar Belakang[1] Khairil Annas Jusoh

Datuk Seri Dr. Khairil Annas Jusoh, mewakili tokoh muda yang memperlihatkan keupayaan dalam pelbagai bidang dan disiplin. Berbekalkan latar belakang akademik yang kukuh, beliau mencipta nama dalam tradisi kesarjanaan, undang-undang, korporat dan politik selain terbabit dalam pelbagai inisiatif bukan kerajaan (NGO). Beliau telah diberi kepercayaan dan menumpah khidmat sebagai Penasihat kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, merangkap Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri.


Sejak di bangku pendidikan menengah lagi, sebagai seorang yang mendambakan kecemerlangan, beliau telah menjadi pelajar terbaik keseluruhan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.


Beliau memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Perundangan dengan Kepujian Kelas Pertama (LLB First Class Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa (LLM) daripada University of Cambridge, United Kingdom. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam (MBA) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta telah diterima masuk dan didaftarkan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sejak 1996.
Pencapaian beliau tidak terhenti disitu. Umpama pucuk dicita ulam mendatang, kesarjanaannya termaktub apabila dianugerahkan sebagai Pemenang Anugerah Pelajaran DiRaja dan Pingat Emas Tunku.

Khairil Annas telah dikurniakan pelbagai Pingat, Bintang serta Darjah Kebesaran daripada Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan antaranya Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak[perlu rujukan]}, pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah[perlu rujukan]}, Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) oleh DYMM Sultan Pahang[perlu rujukan]} dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)[perlu rujukan]} yang masing-masing membawa gelaran Dato’ serta Datuk manakala, sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah yang ke-84, beliau telah dikurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) membawa gelaran Dato’ Wira. Pada 1hb Jun 2013 pula, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14, beliau telah dikurniakan Darjah Persekutuan Yang Amat Dihormati Panglima Setia DiRaja Pangkat Pertama (PSD).[perlu rujukan]}

Tokoh muda ini diberikan penghormatan dengan pelbagai lantikan antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Felo Emeritus Malaysian Institute of Management (MIM)[2], Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Adjunct di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Adjunct di ISTAC (ISTAC-UIA) dan Fellow of Cambridge Commonwealth Society.

Berasaskan serba sedikit sumbangan dan kecemerlangan beliau di pentas masyarakat dan negara, penulis telah diangkat sebagai penerima anugerah Tokoh Cemerlang Alumni Sekolah Alam Shah Tahun 2009 dan Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Tahun 2011.[perlu rujukan]} Selain daripada sangat mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, beliau juga berkemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Perancis.

[perlu rujukan]}Khairil Annas juga telah mendapat didikan dan pertauliahan di bidang Pemikiran Lateral daripada Dr. Edward de Bono. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang kepimpinan politik, tentang YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, daripada Asia e Universiti (AeU). Sehingga kini, beliau telah menulis serta menjadi editor kepada lebih 20 buah karya berkaitan politik, kepimpinan dan dasar-dasar negara.

http://www.mim.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=230&Itemid=294

Berkaitan